Monday, March 16, 2020

Amalan di Bulan Puasa 🤲🏻 (2)

6) Iktikaf pada 10 Malam Terakhir

Menurut kitab Al-Majmuk Al-Nawawi, I’tikaf bermaksud mendiami dan menetap diri di dalam masjid dari orang-orang tertentu dan dengan cara-cara tertentu.
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidatina A’isyah RA yang bermaksud:
“Nabi SAW selalu beriktikaf pada 10 terakhir di bulan Ramadan sehingga diwafatkannya oleh Allah kemudian diteruskan iktikaf oleh para isterinya” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawasanya, pada tahun kewafatan Rasulullah SAW, baginda telah beriktikaf selama 20 hari. [HR Bukhari]

7) Umrah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Jika datang bulan Ramadan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Muslim. Bahawasanya mengerjakan Umrah di bulan Ramadan ialah “Ganjarannya menyamai pahala menunaikan Haji bersamaku”.
Namun, hadis tersebut tidak bermaksud bahawa Umrah ketika Ramadan telah menggantikan kewajipan ibadah Haji, cuma ganjaran pahalanya setara dengan menunaikan Haji bersama Rasulullah SAW.
Ia cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya amalan ini jika direzekikan untuk ditunaikan.
8) Memberi Makan kepada Orang Berbuka Puasa

Terdapat banyak dalil yang menyatakan tentang kelebihan menjamu orang berbuka puasa. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

No comments:

Post a Comment

Rumusan Hidup Berjiran 🏡

RUMUSAN Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercam...