Monday, March 16, 2020

Amalan di Bulan Puasa🤲🏻 (1)


🌸 Islam meletakkan ibadat puasa sebagai amalan yang sangat penting.
Ia adalah salah satu perkara dalam rukun Islam termasuk solat, zakat dan mengerjakan haji.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana yang diperintahkan bagi orang-orang yang terdahulu supaya kamu bertakwa.”

 (Surah al-Baqarah, ayat 183)


🌸 Orang yang berpuasa diberi ganjaran untuk semua kebaikan yang dikerjakan.

🌸Cara mempertingkatkan iman di bulan puasa :

1) Pada bulan Ramadan  umat Islam hendaklah menumpukan sepenuhnya kepada pengukuhan hubungan mereka dengan Yang Maha Pencipta.

2) Pengawalan diri yang dilakukan sepanjang Ramadan menjadikan jiwa sentiasa mengingati Allah SWT dan meningkatkan ketaatan menurut segala perintah-Nya.

3) Jiwa yang terdidik dan bersih terhasil daripada penghayatan sepanjang bulan Ramadan akan meningkatkan lagi ketaatan kepda Allah SWT.

4) Solat Terawih

Menurut istilah, Terawih ialah solat sunat yang khusus dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadan. Bermula waktunya selepas selesai solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
5) Sedekah

Rasulullah SAW sememangnya baginda dikenali sebagai seorang yang dermawan. Sifatnya itu semakin terserlah apabila tiba di bulan Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA yang bermaksud:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” [HR. Bukhari: 6]

No comments:

Post a Comment

Rumusan Hidup Berjiran 🏡

RUMUSAN Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercam...