Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercampur gaul dan bermasyarakat. Dengan itu, menghormati jiran adalah penting demi kebaikan dan persaudaraan.
Ini termasuklah jiran yang bukan beragama Islam; sebagai cabang dakwah bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan kemesraan dan tidak gemarkan perpecahan.
Sesungguhnya umat Islam yang menyedari dan memahami hukum-hukum agama adalah yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya.
🕊 Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab. kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
🕊 Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera, usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni menjadi aset penting untuk membentuk sebuah negara yang maju dan selamat.
No comments:
Post a Comment