Tuesday, March 3, 2020

Puasa dan Pembahagiannya

Pengertian Puasa :
Puasa dalam bahasa arab ialah meninggalkan . Manakala di sisi ahli feqah bermaksud menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Niat Puasa :

 1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 
  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 
  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

Rukun Puasa :
1.Niat
2.Menahan diri dari hal-hal yang membatalkan puasa.
3.Haid atau nifas
4.Muntah dengan sengaja
5.Gila
6.Murtad pada saat puasa

Kemusykilan Sekitar Ibadah Puasa :

1) Tidak sah puasa apabila sesorang lupa berniat puasa di malam hari hingga terbit fajar kerana ia adalah syarat sah puasa. Namun begitu dia masih diwajibkan imsak di siang hari dan wajib qadha.

2) Sah puasa jika makan dan minum (bersahur) selepas waktu imsak sehingga pasti terbit fajar (masuk waktu subuh) kerana permulaan puasa ialah bermula dengan terbit fajar sadiq.

3) Sah puasa seseorang yang bersahur meluahkan makanan yang ada dalam mulutnya ketika terbit fajar (azan Subuh). Batal jika ditelan dengan sengaja.

4)  Sah puasa seseorang yang berada dalam keadaan berhadath besar dan belum mandi ketika masuk waktu subuh. Makruh jika melewatkan mandi hadath besar hingga selepas terbit fajar.

5)  Orang yang berpuasa tetapi melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat dengan sengaja seperti meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat, mengumpat, berbohong adalah  sah tetapi dikhuatiri tidak diterima oleh Allah kerana mengurangkan atau menghilangkan pahala puasa.


Isu Waktu Berbuka Puasa :

Hukum syara’ menetapkan bahawa waktu berbuka puasa adalah apabila terbenamnya keseluruhan bulatan matahari di ufuk barat (masuk waktu maghrib) tidak kira di mana seseorang itu berada. Penentuan terbenamnya matahari boleh diketahui melalui pandangan mata kasar atau kaedah perkiraan falak berdasarkan ukuran jam yang membentuk Kalender Waktu Berbuka Puasa/Imsak yang dipaparkan di akhbar, televisyen, laman web atau alat telekomunikasi.

Berubat Ketika Puasa :

1) Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan yang boleh mengancam nyawa maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa bolek membatalkan puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan.

2) Tidak  batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu juga berbekam.

3) Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan daripada doctor bagi tujuan perubatan kerana darurah.

4) Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya

5) Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta menyebabkan rasa kenyang.

6) Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata pada mata ketika puasa kecuali jika    diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan.

No comments:

Post a Comment

Rumusan Hidup Berjiran 🏡

RUMUSAN Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercam...