Dilarang Menyakiti Jiran
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:
ุนَْู ุฃุจِู ุดُุฑَْูุญٍ ุฑَุถَِู ุงُููู ุนَُْูู ุฃَّู ุงَّููุจَِّู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
َูุงَู: «َูุงููู ูุง ُูุคْู
ُِู، َูุงููู ูุง ُูุคْู
ُِู، َูุงููู ูุง ُูุคْู
ُِู». َِููู: َูู
َْู َูุง ุฑَุณَُูู ุงููู؟ َูุงَู: «ุงَّูุฐِู ูุง َูุฃْู
َُู ุฌَุงุฑُُู ุจَูุงุฆَُِูู»..
Terjemahan Hadith:
Dari Abu Syuraih r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman…”. Mendengarkan demikian, para sahabat gempar lalu mereka bertanya: “Siapakah yang tidak beriman itu, wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab:
Maksudnya: “Sesiapa yang jirannya tidak terselamat daripada kejahatannya.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Beberapa pengajaran penting:
๐ 1. Perbuatan menyakiti hati jiran itu adalah suatu perbuatan yang amat dilarang oleh Islam sama sekali. Ini dapat difahami apabila Baginda Rasulullah saw mengulang kata-kata “Demi Allah tidak beriman” sehingga tiga kali. Oleh sebab itulah tidak akan sempurna iman seseorang itu jika ia tidak memelihara dirinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyakiti jirannya walaupun dia dari golongan orang yang kuat beribadat dan banyak melakukan amal kebajikan.
Hal ini adalah kerana terdapat di dalam hadis yang lain berkenaan seorang wanita yang banyak amal ibadahnya kepada Allah S.W.T tetapi akhirnya dimasukkan ke dalam neraka kerana sering menyakiti hati jirannya.
๐ 2. Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran tetangganya tanpa mengira bangsa dan kaum. Contohnya tidak berbuat bising seperti membunyikan radio atau televisyen, berkaraoke hatta berzikir dan bernasyid dengan sekuat-kuatnya sehingga boleh mengganggu ketenteraman jirannya, membuang sampah sesuka hati di dalam kawasan rumah jirannya dan sebagainya.
๐ 3. Di dalam memelihara keharmonian hidup berjiran, kita perlulah mewujudkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain, sering menyapa bila bertemu dengannya, bertanya khabarnya, membantu mereka ketika mereka ditimpa sesuatu kesusahan, turut melahirkan rasa gembira dengan mengucapkan tahniah apabila jirannya mendapat khabar gembira dan lain-lain lagi.