Tuesday, April 21, 2020

Rumusan Hidup Berjiran ๐Ÿก

RUMUSAN

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercampur gaul dan bermasyarakat. Dengan itu, menghormati jiran adalah penting demi kebaikan dan persaudaraan.
Ini termasuklah jiran yang bukan beragama Islam; sebagai cabang dakwah bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan kemesraan dan tidak gemarkan perpecahan.
Sesungguhnya umat Islam yang menyedari dan memahami hukum-hukum agama adalah yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya.

๐Ÿ•Š Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab.  kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

๐Ÿ•Š Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera, usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni menjadi aset penting untuk membentuk sebuah negara yang maju dan selamat.

Hukum menyakiti jiran๐Ÿก

Dilarang Menyakiti Jiran

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:
ุนَู†ْ ุฃุจِูŠ ุดُุฑَูŠْุญٍ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ุฃู†َّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚َุงู„َ: «ูˆَุงู„ู„ู‡ ู„ุง ูŠُุคْู…ِู†ُ، ูˆَุงู„ู„ู‡ ู„ุง ูŠُุคْู…ِู†ُ، ูˆَุงู„ู„ู‡ ู„ุง ูŠُุคْู…ِู†ُ». ู‚ِูŠู„َ: ูˆَู…َู†ْ ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„ู‡؟ ู‚َุงู„َ: «ุงู„َّุฐِูŠ ู„ุง ูŠَุฃْู…َู†ُ ุฌَุงุฑُู‡ُ ุจَูˆุงุฆِู‚َู‡ُ»..

Terjemahan Hadith:
Dari Abu Syuraih r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman…”. Mendengarkan demikian, para sahabat gempar lalu mereka bertanya: “Siapakah yang tidak beriman itu, wahai Rasulullah?”

Rasulullah menjawab:
Maksudnya: “Sesiapa yang jirannya tidak terselamat daripada kejahatannya.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Beberapa pengajaran penting:
๐Ÿ•Š 1. Perbuatan menyakiti hati jiran itu adalah suatu perbuatan yang amat dilarang oleh Islam sama sekali. Ini dapat difahami apabila Baginda Rasulullah saw mengulang kata-kata “Demi Allah tidak beriman” sehingga tiga kali. Oleh sebab itulah tidak akan sempurna iman seseorang itu jika ia tidak memelihara dirinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menyakiti jirannya walaupun dia dari golongan orang yang kuat beribadat dan banyak melakukan amal kebajikan.
Hal ini adalah kerana terdapat di dalam hadis yang lain berkenaan seorang wanita yang banyak amal ibadahnya kepada Allah S.W.T tetapi akhirnya dimasukkan ke dalam neraka kerana sering menyakiti hati jirannya.
๐Ÿ•Š 2. Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran tetangganya tanpa mengira bangsa dan kaum. Contohnya tidak berbuat bising seperti membunyikan radio atau televisyen, berkaraoke hatta berzikir dan bernasyid dengan sekuat-kuatnya sehingga boleh mengganggu ketenteraman jirannya, membuang sampah sesuka hati di dalam kawasan rumah jirannya dan sebagainya.
๐Ÿ•Š 3. Di dalam memelihara keharmonian hidup berjiran, kita perlulah mewujudkan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain, sering menyapa bila bertemu dengannya, bertanya khabarnya, membantu mereka ketika mereka ditimpa sesuatu kesusahan, turut melahirkan rasa gembira dengan mengucapkan tahniah apabila jirannya mendapat khabar gembira dan lain-lain lagi.

Implikasi tidak beradab dengan jiran ๐Ÿก

IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN


✏️1. Tidak akan mendapat ketenangan hidup - Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang. 

✏️2. Terpinggir daripada masyarakat - Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita. 

✏️3. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga - Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.

✏️4. Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat - Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga.

✏️5. Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan - Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.

Hikmah memelihara adab berjiran & Doa untuk Jiran๐Ÿก

HIKMAH MEMELIHARA ADAB BERJIRAN

๐Ÿก Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.

๐Ÿก Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.

๐Ÿก Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.

๐Ÿก Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.

๐Ÿก Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih cepat dan mudah.


๐Ÿคฒ๐ŸปDOA UNTUK JIRAN


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kami mohon kepadaMu,
Kukuhkanlah hubungan kami dengan jiran kami,
Kau eratkanlah silaturahim kami,
Kau jadikanlah kami ummah yang bersatu padu di atas jalanMu,
Hindarilah permusuhan diantara kami.
Amin



Adab Berjiran Menurut Islam๐Ÿก



Bagaimana adab berjiran menurut Islam?

๐Ÿ•Š1.Tidak menyakiti jiran

Sebagai jiran, seseorang itu mestilah menjauhi segala perbuatan yang tidak disenangi oleh jiran tetangganya. Perbuatan tersebut seperti mencuri, membuat bising, memfitnah dan lain-lain lagi.

Sabda Rasulullah SAW;
“Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya.”
Hadis Riwayat Muslim
Dengan itu, sangatlah rugi bagi golongan yang beriman kepada Allah tetapi bersikap buruk terhadap jirannya. Jadi, berlemah-lembutlah terhadap jiran, jangan meninggikan suara, menegur jiran-jiran dengan ucapan salam dan senyuman, sentiasa bersangka baik, menerima teguran jiran atas kesilapan sendiri dan lain-lain hal yang menjaga ketenteraman kejiranan.

๐Ÿ•Š2.Berbuat Baik Dan Memelihara Keamanan Dengan Jiran
Melakukan kebaikan terhadap jiran termasuklah dengan memberi buah tangan atau bertukar pemberian, sehinggalah kepada ucapan takziah atau tahniah atas apa-apa berita berkaitan.
Lakukanlah perkara dan usaha selagi tidak melanggar akidah dalam berbuat baik kepada jiran tetangga. Jika setiap jiran berusaha untuk menjaga hati jiran masing-masing, pasti kawasan kejiranan tersebut sentiasa aman dan tenang menjalani kehidupan seharian. 
Sesungguhnya sesiapa yang mengembirakan jirannya akan digembirakan pula oleh Allah SWT. 
“Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.”
Hadis Riwayat Ibnu Mubarak

๐Ÿ•Š3. Memuliakan Jiran
Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya agar memulia dan menghormati jiran seperti melayan kaum keluarga sendiri. Sabda Baginda;
“Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.”
Hadis Riwayat al-Bukhari
Perbuatan memuliakan jiran ini termasuklah mengurus dan mengiringi jiran yang meninggal dunia sehingga ke tanah perkuburan.

Pengertian Jiran Tetangga๐Ÿก

KONSEP JIRAN TETANGGA DI DALAM ISLAM



Jiran adalah orang yang berada dekat dengan rumah yang lain. Jiran juga bermaksud tetangga, orang sebelah, orang sekampung, teman; berjiran: bertetangga, berhampiran, sebelah-menyebelah, berdekatan, sekampung, sedesa, setempat; kejiranan: kemuafakatan, kerjasama, kesepakatan. 
Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. 
Seperti sabda Rasulullah SAW;
“Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga.”
Hadis Riwayat Daud


Ini menunjukkan bahawa walaupun jarak dari rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, tetap dikira sebagai jiran tetangga. Dengan itu, setiap individu perlu memelihara hak-hak jiran demi memenuhi tuntutan agama, selain menjaga hubungan silaturahim dan ketenteraman sejagat.




Monday, March 16, 2020

Rumusan ๐Ÿ“š

Allah ‘azza wa Jalla berfirman; ‘Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.’ Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu sedang berpuasa janganlah ia berkata keji dan berteriak. Jika ada yang mencaci atau melaknatinya, maka hendaklah dia berkata kepadanya ‘Aku sedang berpuasa.’ Demi Dia yang diri Muhammad berada dalam kuasaNya, bau mulut seorang yang sedang berpuasa adaah lebih harum di sisi Allah daripada aroma minyak kesturi. Bagi seseorang yang sedang berpuasa itu dua keriangan yang ia bergembira dengannya: ketika dia berbuka puasa, ia akan bergembira dan ketika dia bertemu Tuhannya, dia akan bergembira dengan puasanya”.(Disepakati oleh Bukhari dan Muslim).(1)




Rumusan Hidup Berjiran ๐Ÿก

RUMUSAN Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercam...